Agak
aneh cara perubatan ini dimana tengkorak ratu cantik disimpan di dalam
perut. Bekas ratu cantik menjalani pembedahan luar biasa apabila suku
daripada tengkoraknya dipotong dan disimpan dalam perut sementara
menanti kecederaan parah di kepalanya sembuh.
Pakar bedah menyimpan bahagian belakang
tengkorak Jamie Hilton itu dalam perutnya bagi memastikan ia kekal
bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya ketika
menunggu bengkak di otaknya surut. Apabila ibu kepada tiga anak itu
sedar daripada pembedahan, dia mendapati ada benjolan besar dan keras di
perutnya.
Pada masa sama, sebahagian daripada
tengkoraknya ‘hilang.’ Menurut media, cebisan tengkorak itu disimpan di
perut Jamie selama 42 hari sebelum Jamie sekali lagi dibedah untuk
mencantumkan semula tulang berkenaan.
Semalam, Jamie, 36, dibenarkan pulang
selepas bertarung dengan maut kira-kira tiga bulan lalu. Menulis di blog
mengenai pengalaman itu, Jamie berkata, tiada yang lebih penting
padanya daripada terselamat melalui detik kritikal sebelum ini.
“Saya boleh bermain dengan anak-anak,
mencium suami, melepak dengan ibu dan hidup. “Hati saya bagaikan mahu
meledak dengan kesyukuran.
“Adakah hidup saya segala-galanya
sempurna? Tidak, tetapi hari ini saya masih hidup!” katanya. Memenangi
gelaran Ratu Idaho pada 2009, Jamie menyertai suaminya, Nick, dan
iparnya, Greg memancing ikan salmon di Hell’s Canyon, Jun lalu. Ketika
Jamie cuba menarik tali pancingnya, dia tergelincir dan terjatuh
kira-kira empat meter ke atas bongkah batu.
Apabila Nick tiba di situ, dia
mendapati Jamie terkulai tanpa denyutan nadi atau bernafas. Namun,
ketika Nick mengangkat Jamie, wanita itu kembali bernafas dan hasil
bantuan Renjer Hutan dan perkhidmatan kecemasan, dia dikejarkan ke
hospital di Boise menaiki helikopter. Pemeriksaan doktor mendapati otak
Jamie membengkak dan perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar